Cerpen – Kisah Aiman Suami Insaf (Sedih!) | Dia duduk menghadap laptop di
hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen
– ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar
kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu …solat. Tiba-tiba, si dia
bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan.
“abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan
laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?
Huh, lawak
antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu
lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok
tudung labuh pulak tu. Okay, salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan
tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk
hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi
kelab dan balik mabuk.
Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah
habis aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadinya, abah kahwinkan aku dengan
Siti Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia
duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta
sport aku – dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan
syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang
bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku
dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh.
“abang dengar tak?”. Macam cakap dengan
laptop tu je. “hm,saya sembahyang dekat surau.” Ek, macam mana ayat tu keluar.
Huh ,surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya. “saya
ikut. Jap saya siap.” Si isteri telah pun hilang di pandangan mata. Aiman,
sebagai suami tersentak. Aduh, dia nak ikut pulak.
Laptop di matikan. Dia duduk di sofa sementara menanti si isteri bersiap.
Fikiran ligat memikir dekat mana surau.? “abang, dah siap.” Aiman memandang
isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah dan
seluar track-suit. Cantik! “abang..?” Aiman tersedar. “jom.” Kunci kereta di
atas meja di capai. “saya bawa kereta awak, tak kisah?” tanya Aiman ragu-ragu.
Syahirah senyum. “harta saya harta abang juga.” Aiman hanya mengangguk. Dalam
kereta – hanya dengar radio – hot fm refleksi.
Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yang
dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik ulang-ulang je jalan
ni. “abang,surau belok kiri tu.” Aiman hanya diam. Malu. Kereta di belokkan
pada arah yang diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan surau
As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi
dari kereta. Aiman melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar
track-suit. Aduh,mana bawak kopiah ke? Songkok ke? “err,Ira..” Syahirah
menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar. “ya?”
“okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kene halau ke nanti?” Syahirah senyum.
“jangan risau yang menilai itu Allah bukan manusia. Kalau niat kita
kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni.” Aiman terdiam. Tak
pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab-bab agama. “jom.” Ajak
Syahirah. “hmm.” Enjin kereta di matikan.
Malam itu Aiman duduk di ruang tamu
menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat. “solat
itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama.” Teringat diari
isterinya yang dia jumpa tadi. Ter-baca. “saya nak suami yang soleh! Ya Allah
makbulkan doa hamba.” Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan
aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah jauh terpesong!
Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya ‘tapi kau boleh berubah. Allah
Maha Pengampun.!’ Televisyen di hadapannya itu di pandang kosong.
Berubah? Teringat juga dia amaran abang
iparnya. “aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat tangan kau
ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia menangis.” Aiman hanya
mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di dalam kereta sebelum
ke rumah mertuanya. “..ingat! aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau
jugak sengsara! Jangan kau buat perangai buruk kau tu . aku dapat tahu. Aku
terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak?” Aiman hanya mengangguk.
Huh,garang! Syahirah memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia
ke belakang Aiman dan menutup mata Aiman dengan tangannya. “cuba teka ini
siapa?” kata Syahirah dengan suara yang di buat-buat macam suara lelaki. Aiman
yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama. Senyumnya
terukir apabila mendengar suara Syahirah. “hmmm, Tom Cruise..” main-main Aiman.
“salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu!” Aiman ketawa. “hm,Hj. Amran.”
Syahirah pula ketawa. “salah! Hj.Amran dekat Johor.” “ha! Tahu..tahu..Syah!”
Syahirah kerut dahi. “Syah mana?” “Syahirah.” Aiman menarik tangan isterinya
agar duduk di sebelahnya.
Cepat sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam.
Terkejut juga tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi
saudara-mara dia ada kata yang Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis
yang boleh je ‘masuk’. “abang buat apa?” “tak ada apa-apa. Saya nak tanya
awaklah..” “tanya apa?” “er..kenapa awak terima lamaran abah untuk kahwin
dengan saya?” “sebab Allah.” Aiman diam sebentar. “tak faham.” “saya buat solat
istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.” Aiman senyap. Rasanya tak ada apa yang
hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba.
Seminggu berlalu…. “Abang,saya tak reti masak” kata Syahirah
yang tengah bercekak pinggang di dapur itu. Terkejut juga Aiman.Nak makan apa
kalau isterinya ini tak reti masak – hari-hari makan kedai bankruplah. Dah lah
abah tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah sebab
teringat ayat dalam diari isterinya. “lelaki bising perempuan tak reti masak!
Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam itu!” Walaupun ayat itu di tulis dalam
diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan dalam
hati Aiman. “macam mana ni abang?” kata Syahirah sayu. Aiman menggaru kepala.
Tak tahu nak jawab apa. “tak apalah, lepas ni kita sama-sama belajar masak.”
“maaf ya abang..” Aiman senyum. “tak apa.” Aiman keluar dari
dapur. Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar
masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu Aiman masuk
dengan membawa laptop. “abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?” “belajar
masak guna internet.” Aiman senyum dan mengangkat kening. Syahirah senyum.
“huish masin.” Komen Syahirah. Aiman mengambil gulai di hadapan isterinya itu.
“abangkan yang masak ni.” Kata Syahirah lagi. Aiman rasa dan ketawa. “okay lah
ni. ha,awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa apa-apa..” komen Aiman pula.
“okay apa..” “is okay. Gulai itu banyak garam, sayur awak tak rasa apa-apa.
Campur je semua. Gulai sayur.” “boleh ke macam itu?” “boleh je.” “okay..” “dah
makan cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi surau.” Aiman langsung tak sedar
apa yang dia cakap.
Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya?
Huh,sejak bila jadi geng surau ni. Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah abah !
“ustaz.” Panggil Aiman pada insan yang baru selesai mengimami solat Maghrib
itu. Ustaz itu menoleh. “ya?” “saya nak…” “nak apa?” Aiman malu untuk berkata.
Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan. “anak nak apa?” “saya nak belajar agama.”
Terluah juga. Ustaz itu senyum. “mari.” Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus
keluar dari surau. Lama dia menunggu Aiman di kereta.
Senyum terukir apabila melihat Aiman
menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur. “ustaz kenalkan isteri saya.”
Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya senyum dan mengangguk.
“baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau.” Aiman sentak. Walau apapun
senyum paksa di beri. “Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang soleh macam
Aiman ni.” kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam. “Alhamdulillah, semoga
kalian berbahagia hingga ke syurga.” “terima kasih ustaz.” Aiman bersuara.
Ustaz itu menepuk bahu Aiman. “baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum.”
“waalaikumsalam.” Jawab Syahirah dan Aiman serentak. Aiman duduk di birai katil
dengan mata memandang Syahirah yang tengah mengemas bajunya ke dalam bagasi.
“lamanya abang pergi..” Aiman tersedar. “hmm,seminggu je.” Ya,dia kata dengan
Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar
agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin.
Rasanya dia perlu berubah. Sampai bila
dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam keluarganya. Sampai bila dia nak
terus jahil. Sampai bila dia nak membiarkan isterinya keseorangan tanpa
bimbingan seorang suami. Sampai bila dia nak terus hipoktrik mengikut Syahirah
ke surau tetapi tak tahu apa-apa. Sudah tiba waktunya dia berubah.! “seminggu
tu lama tauu..” lirih Syahirah. “pejam celik- pejam celik sekejap je tu..”
“kalau pejam tak celik- celik?” tersentak Aiman apabila mendengar ucapan
isterinya itu. Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman
memandang Syahirah. “apa awak cakap ni..” lembut dan ada nada risau di situ.
Syahirah ketawa halus. “gurau je lah. Abang ni cepat betul sentap.” Aiman diam.
“tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya kemas.” Isterinya tarik
muncung. “tak mau lah, nanti kurang pahala.”
Sudah dua hari Aiman di pondok agama
itu. Memang air matanya di situ asyik mengalir sahaja. Teringat dosa lampau
yang pernah di buat. Ya Allah… banyaknya dosa hamba. Selesai solat berjemaah
dengan rakan-rakan di pondok, dia menelefon isterinya. Salam berbalas. “awak
sihat?” Aiman duduk di tangga surau papan itu. Syahirah bersuara riang.
“Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak
call? Abang tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari
tak sembahyang jemaah tau? ” Aiman hanya senyum mendengar coleteh si isteri.
“..ha, lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang
pergi mana?” tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak. “..saya tahu, saya bukan
sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya..” air mata Syahirah
mengalir. Aiman terdiam. Syahirah juga diam. Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar
esakkan. “awak nangis ke?” Diam lagi. “awak, saya…” Syahirah memintas. “tak
apa. Saya faham.” Air matanya di seka. “ abang sihat tak?” “Alhamdulillah
sihat.” Diam. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan
Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah. Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang
jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman ketawa. “next?” “..kalau
terjaga pukul dua tiga pagi, solat tahajut..” Aiman hanya mengangguk. “lagi?”
“..selalu beristigfar” “okay. Lagi?” “..ingat Allah dalam setiap perbuatan.”
“alright, next?” “sentiasa berselawat.” “okay.” “abang ni last.” “apa dia tu?”
soal Aiman lembut. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Aiman senyap
sekejap. “sure.” Dari jauh Aiman telah nampak senyuman isterinya di
hadapan pintu. Selesai membayar tambang teksi Aiman mengheret bagasi berodanya.
Syahirah telah pun keluar menyambutnya siap bertudung. Mereka bersalaman.
“Assalammualaikum,awak.” Sapa Aiman. “waalaikumsalam,abang.” Nada ceria.
Syahirah bersalaman dengan Aiman. Terpegun juga dia melihat Aiman yang hanya
bert-shirt kolar dan berseluar slack serta berkopiah (mungkin Aiman tak
perasan).
Wajah Aiman seolah ada sinar keimanan. Sangat tenang! Aiman
perasan isterinya memerhatikannya. “er,,awak pandang apa?” Syahirah tersentak.
“eh, tak.. abang nampak lain.” “apa yang lain?” Aiman memandang dirinya dan
baru perasan akan kopiah di kepalanya. “oh..” jawab Aiman dan menarik
kopiahnya. “jom masuk.” Mereka beriringan ke ruang tamu. Aiman telah pun duduk
di sofa sementara Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata Aiman menebar ke
seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih.
Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat
selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak pernah rasa selesa dan tenang.
“abang nah..” lembut Syahirah menghulurkan gelas itu pada suaminya. Aiman
menyambut. “thanks.” “abang, nak tahu tak?”dia duduk bawah melutut depan Aiman
yang duduk di sofa itu. “hmm?” Aiman merenung Syahirah. Dia sudah faham dengan
sikap Syahirah yang peramah dan banyak cakap ini. Kadang-kadang macam
budak-budak. “ada sinetron baru tau.” Berkerut dahi Aiman. “oh, apa benda tu?”
“apalah abang ni. itu cerita drama bersiri Indonesia. Tajuknya cinta fitri.”
“oh..” gelas di letak di atas meja. “kenapa dengan cerita tu?” “best.” Syahirah
senyum hingga nampak lesung pipitnya. Comel! Walaupun penat Aiman masih lagi
melayan. “ apa yang best?” “lagu.” Ek.. “oh.. jalan cerita tak best.?” sungguh,
ini baru pertama kali dalam hidup Aiman berbual mengenai drama Indonesia. “best
jugak tapi sedih.” “kenapa?” “entah. Abang nak dengar lagu tema cerita tu.?”
“lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar”
Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga.
Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..”
dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan
menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..”
teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik
tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. Inilah
aku apa adanya Yang ingin membuatmu bahagia Maafkan bila ku tak sempurna
Sesempurna cintaku padamu “saya baru download tadi..” Syahirah senyum. Aiman
turut senyum.
Sungguh dia tak pernah buat benda luar
alam untuk melayan lagu dari seberang. Ini cintaku apa adanya Yang ingin selalu
di sampingmu Ku tahu semua tiada yg sempurna Di bawah kolong langit ini “Abang
kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak
nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” Jalan kita masih panjang Ku
ingin kau selalu disini Biar cinta kita tumbuh harum mewangi Dan dunia menjadi
saksinya Untuk apa kita membuang-buang waktu Dengan kata kata perpisahan
Kedua-dua mereka melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa di sedari Aiman telah
melatakkan tangannya di bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke dalam
pelukkannya. Khusyuk melayan lagu.
Demi cinta kita aku akan menjaga Cinta
kita yg telah kita bina Walau hari terus berganti hari lagi Cinta kita abadi
selamanya… Aiman tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia menarik earphone
itu. Dia menoleh ke kiri. Syahirah dah tidur. “eeerr.. awak…” Aiman cuba
mengejutkan isterinya lagi. “awak…bangun. Dah azan Asar ni..” Syahirah bangun
dengan mengosok matanya. “abang saya ABC la. Abang solat lah..” Aiman pelik.
Apa benda pula dia nak ABC ni. “awak, dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi
kita keluar.” Syahirah memandang Aiman.
“Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan.”
Aiman teragak-agak. “oh.. haa. Okay. Saya solat dulu.” Aiman telah pun bangun
untuk menuju ke bilik. “abang.” Langkah Aiman mati. Dia menoleh. “doakan rumah
tangga kita sampai syurga.” Syahirah senyum dan gaya menadah tangan. “sure.”
“abang,saya nak cari buku masak..” Aiman hanya mengangguk dengan tangannya yang
ada dua beg kertas barang yang dia beli dan Syahirah beli tadi. “..nanti jumpa
abang dekat kaunter lah.” Kata Syahirah lagi dan terus berlalu. Aiman hanya
senyum dan menghantar dengan pandangan mata. Aiman berjalan ke buku-buku
Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. Aiman pergi ke kaunter pertanyaan
dalam kedai buku itu.
“ada boleh saya bantu encik?” “hm, ada
tafsir tak? Hmm.tafsir Al-Quran?” “maaf encik tiada stok.” Aiman senyum paksa.
“okay. Thanks.” Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni. Tiba-tiba, Syahirah datang. “
abang tak beli apa-apa?” “tak. Awak dah jumpa buku?” Syahirah senyum dan
menunjukkan buku itu pada Aiman. “tadaaa… nanti kita try dekat rumah ok?”
“okay.” Aiman membayar buku itu. Sewaktu mereka telah keluar dari kedai buku
itu. Pekerja kedai buku itu berbisik. “wah, romantiknya mereka!” “tahu tak apa.
untungkan wanita itu dapat suami yang punya lah handsome dan baik!” “mana kau
tahu baik?” “tadi dia nak beli tafsir Al-Quran.” “oh, memang padanlah.
Perempuan itu pun alim je.” “sweet kan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar
dan seluar slack, isterinya just pakai baju kurung dengan tudung labuh. Baju
dorang warna match. Jalan pegang tangan” “superb! Romantic!” “kan Allah S.W.T
telah berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang
jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik
dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26) “betul-betul.”
Aiman sibuk membuat kerjanya di ruang
tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok hari itu. Justeru, banyak kerja
yang perlu di lakukan. “abang..” sapa Syahirah manja. Aiman senyum. “kenapa?”
“nah..” Syahirah menunjukkan sesuatu pada Aiman. Aiman mengambil dan berfikir.
“birthday saya rasanya belum lagi..” “abang buka lah dulu. Saya dah ngantok.
Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan
air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.” Syahirah nampak penat. Mana tidaknya
sehari suntuk berjalan. Setelah Syahirah masuk ke bilik. Perlahan-lahan Aiman
membuka balutan itu. “subhanaALLAH, tafsir Al-Quran..” terasa macam nak
mengalir air mata Aiman. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu.
Aiman turn off laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan di perkemaskan. Setelah
selesai berkemas bahan-bahan kerjanya Aiman mengambil tafsir itu dan masuk ke
bilik. Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja yang menyala. Dia lihat
Syahirah sudah lena tidur.
Mungkin penat sangat. Aiman senyum. Dia
meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. Seluar di lipat. Aiman menuju ke
tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia memang beriya-iya hendakkan
tafsir Al-Quran itu. sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia
seakan kecewa teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah
kemanisan iman itu sungguh manis. “Aiman!! Kamu nak jadi apa ha ni!” tengking
Dato Rahimi merangkap abahnya. Aiman hanya tunduk. Sejak menjadi suami Syahirah
dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak cakap.
Selepas pulang dari pondok agama hari
dia tak cepat marah atau melenting. “kamu dengar tak ni?! hari tu kamu pergi
mana? Kamu buat hal lagi ya? ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!” Dato
Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Aiman. “abah, ekonomi dekat sini buat
masa ini tak stabil..” Dato Rahimi memandang sinis anaknya. “bukan kamu joli
kan semua duit tu?” “Abah..” “dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah nak
kamu settle kan semua bil-bil ni! “ Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak
tu. “abah, saya tak da duit banyak tu.” “abah tak peduli. Kamu buat apa yang
patut!” Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu. Terduduk Aiman. Ya Allah…
tiba-tiba telefon Aiman berbunyi. Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon.
“Assalammualaikum.” Lemah Aiman menjawab. “waalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik
rumah kau sekarang.!” “er, kenapa along?” “kau balik je!” Tersentap Aiman
tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia yang abang iparnya ini datang
Kepala Batas. Ada apa ya?
Aiman mengambil briefcasenya. Satu, satu
masalah dia dapat. Laju Aiman memandu kereta isterinya itu. Hari ini Syahirah
tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah. Syahirah seorang ustazah yang
mengajar subjek Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhnya membawa kereta dia.
“Along.. tolonglah jangan buat kecoh dekat sini..” rayu Syahirah. “eh, kau diam
lah dik..” Aiman melangkah masuk ke rumah. “Assalammualaikum.” “hah, sampai pun
kau..” Aiman menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang iparnya tetapi
lelaki itu tidak melayannya. Aiman menarik kembali tangannya. “kenapa along?”
“aku nak bawak Syahirah balik..” Sentap Aiman mendengar. Matanya memandang
Syahirah yang telah pun berair mata. “..ta..tapi kenapa?” “kenapa kau tanya?
Kau tahu tak? Aku pergi dapur, tak ada makanan langsung! Macam mana kau sara
adik aku ha? Lepas tu, aku dengar syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir.
Sebak Aiman dengar. “along tak boleh buat macam ni..” “apa tak bolehnya! Tak
akan kau nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia
kau dah berubah rupanya hampeh je.” “along,kenapa along cakap macam tu?”
Syahirah yang tadi berair mata membela Aiman. “kau diam. Dah sekarang aku nak
bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!” Syahir menarik tangan Syahirah.
Syahirah sedaya upaya menarik kembali tangannya.
“saya tak akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi suami!” “hoi, Aiman. Baik
kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati kebulur.!” Marah Syahir
lagi. Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu masalah di pejabat sekarang
masalah isterinya
pula. Betul juga apa yang abang iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa dekat
isterinya ini. Memang kali ini dia muflis tersangat! “abang..tolong…” sayu
Syahirah meminta pertolongan Aiman. “saya izin..” sebak. “..saya izinkan awak
balik.” Terus Syahir menarik adiknya keluar. Air mata Aiman jatuh juga. Mata di
pejam. “abang….” Teriak Syahirah sayu sempat menoleh Aiman yang
membelakanginya. Aiman terduduk. Ya Allah beratnya dugaan-MU…
Aiman baru selesai solat Maghrib. Sayu
hatinya melihat rumahnya itu sunyi. Memang dia tidak ke surau. Rasa nak demam
je. Puas dia memikirkan macam mana nak dapat duit nak selesaikan bil-bil nya.
Sedang dia termenung di atas sejadah itu telefonnya berbunyi. Terus button
hijau di tekan tanpa melihat nama pemanggil. Aiman terkejut mendengar esakkan
di talian itu. “awak..” Esakkan itu masih lagi berbunyi. “Ira..awak..”
“sampai.. sampai hati abang..” Aiman senyap. “saya buat macam ni agar awak
senang…” “tak ada istilah senang kalau saya kene tinggalkan abang sorang-
sorang lalui kepayahan.” “awak tak faham..” sayu Aiman jawab. Suara serak
Syahirah berbicara lagi. “abang… biarlah susah senang kita bersama.” Aiman
senyap. “abang,tolong lah abang. Saya nak jadi isteriyang
solehah.” Aiman masih lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu dengan
kata-kata isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi Syahirah tidak.
“abang…tolong jangan senyap macam ni.. saya bersalah sangat ni..” “sayang tak
perlu rasa bersalah.” Terdiam Syahirah. Ya Allah…. “abang, cuba tengok kertas
yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja
tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw.
bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada
Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal
yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau
menjadi tak berdaya.” (Muslim) Aiman beristigfar. Mata di pejamkan seketika.
“sayang..abang betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya kalimah abang itu
terluah juga. “abang, tolonglah. Saya nak berada di samping abang saat susah
dan senang.” “tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan along dan semua orang.”
“abang, along hanya insan biasa. Abang ada kuasa untuk membawa saya kembali.…”
Aiman hanya diam. “istikharahlah abang, minta petunjuk-NYA…. Assalammualaikum.”
Syahirah dah tak sanggup nak berbicara lagi. Talian di matikan. Aiman menarik
nafasnya. YA ALLAH…… lagu untuk entry ini, click lah =)
Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai
Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2)
Menjauhi segala yang haram. 3) Merendahkan diri. Wahai Ali, bagi orang yang
JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Merahsiakan ibadahnya 2) Merahsiakan
sedekahnya. 3) Merahsiakan ujian yang menimpanya. Wahai Ali, bagi orang yang
TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi
kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. Wahai Ali,
bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Mengawasi dirinya. 2) Menghisab
dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
“Assalammualaikum..” Aiman menoleh.
“waalaikumsalam, eh ustaz.” Mereka bersalaman. Ustaz itu senyum. “baca artikel
apa itu?” “Nasihat Rasulullah pada Ali.” “oh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaz
nampak kamu duduk sini. Tak balik?” Aiman senyum. “tenang duduk dekat masjid
ni.” “dari Subuh tadi. Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?” Aiman
sentap. “hm,dia balik kampung.” “oh..eh, ustaz nak pergi toilet sekejap. Kamu
bacalah buku ini dulu.” Aiman menyambut lembut buku nota kecil itu. Tangannya
menyelak muka surat pertama. Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya
segala harapan, Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada
ketentuan-Nya, Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, Air mata yg menitis
terasa bernilai buat menyiram api neraka, Indahnya tarbiah Allah, tersiram
rahmat dan hikmah, Diuji kita sebagai tanda sayang-Nya…. Terkedu Aiman. Ya
Allah… Telah dua hari dia tidak berjumpa dengan isterinya. Tipu kalau dia kata
dia tak rindu pada wanita yang banyak mengubah hidupnya itu. Memang perit
sangat dia rasa. Urusan syarikat pula berkerja keras dia agar dapat projek
untuk membayar semua bil-bil syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya.
Yelah, dulu banyak kali abah tolong, tapi dia yang mensia-siakan. Tapi itu
dulu… sekarang lain…
Assalammualaikum, abang dah makan? –
Syahirah.
Aiman membaca message itu dan senyum.
Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to voice dengannya. Merajuk tapi
still tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms). Comel je isterinya itu
merajuk.
Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. –
Aiman
Lepas beberapa minit.
Syarikat abang dah okay? – Syahirah.
Doakanlah ada projek yang masuk. – Aiman
Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka
rezeki. insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan tolong. –
Syahirah.
Aiman senyum membaca message itu.
insyaALLAH. – Aiman.
“Assalammualaikum, abi.” Aiman menelefon
ayah mertuanya, Haji Amran. “waalaikumsalam. Aiman, kenapa ni?” nada risau.
“abi,saya… saya..” tak terluah oleh kata-kata. “Aiman, abi faham. Sekarang kamu
buka email kamu. Abi ada hantar satu video. Kamu hayati dan kamu fikir lah
baik-baik. Bersabar ya Aiman.” “terima kasih abi.” Selepas salam berbalas.
Talian di matikan. Syukur, abinya seorang yang memahami. Aiman membuka
emailnya. Abinya agak moden kerana seorang dekan di sebuah university terkemuka
di tanah air. Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya Syahirah itu hidup melarat.
Matanya tertala pada email versi video itu. kamu hayati dan kamu renung2kan
lah. Kesian, abi tengok Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh
lagi saat melihat video itu. Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya
sebagai seorang suami. Astarfiruallahalazim. Erat Syahirah memeluk suaminya
saat Aiman masuk ke dalam rumah abinya tadi. Haji Amran hanya senyum melihat
mereka. “abang please.. jangan tinggalkan saya lagi..” esak Syahirah. Aiman
yang terkedu itu mengesat air mata Syahirah. “shhtt, abang dah datang ni.
jangan nangis lagi ya.” mata mereka bertentangan. Syahirah mengangguk dan
memandang abi dan uminya. “jaga dia baik-baik Aiman.” Pesan Hj. Amran. “terima
kasih abi, umi..” sayu sahaja Aiman bercakap. Teringat nasihat abinya itu.
Mujur alongnya ada conference dekat Seoul,Korea. Tak perlu dia berdebat dengan
alongnya itu. Terima kasih Ya Allah, KAU permudahkan urusan ini. “kami balik
dulu abi, umi.” Aiman bersalaman dengan kedua mertuanya itu di turuti Syahirah.
“Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” “saya sayang abang.” Luah Syahirah
sewaktu mereka dalam kereta perjalanan untuk pulang ke rumah. Aiman yang tengah
memandu itu senyum. “saya pun sayang awak juga.” Syahirah senyum senang. “Ira…”
panggil Aiman. “ya?” Syahirah memandang suaminya yang tengah memandu itu. Aiman
diam sekejap. “thanks.” “thanks untuk apa?” “sebab awak saya dah banyak
berubah.” Syahirah ketawa kecil. “bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk
pintu hati abang.” “tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni, abang
tak berubah..” kata Aiman. Syahirah senyum. “saya hanya pengantara je. Semua
itu telah tertulis di Luh Mahfuz.” Aiman mengangguk dengan mata yang masih lagi
focus memandu. “thanks lagi sekali.” Dahi Syahirah berkerut. “untuk apa pula?”
“settlekan bil-bil syarikat tu..” “kita suami isteri kene saling membantu.”
“mana Ira dapat wang banyak macam itu?” Syahirah senyap. Sebenarnya itu wang
yang di kumpul sebelum kahwin lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos
perubatan barah hatinya yang dia rahsiakan daripada abi,umi dan along . Dia
bersyukur Allah beri penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa
mengingati mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah,hanya dia dan Allah
yang tahu derita bahagia ini. Aiman memandang Syahirah sekilas.
“sayang..mana awak dapat wang banyak
macam itu?” Syahirah terkelu. “hm,rezeki Allah.” “dari mana? Tak akan turun
dari langit kot?” soal Aiman lembut. “abang, jom kita makan dekat restoran tu,
lapar pula rasanya.” Syahirah menunjuk ke arah sebuah retoran di sebelah kiri
itu. Aiman terus lupa apa yang dia soal tadi. Kereta di belokkan. Sewaktu makan
di restoran itu mereka bertukar cerita dan ketawa. Tiba-tiba , Syahirah
terbatuk. Aiman terkejut. Syahirah terkejut tangannya berdarah selepas dia
menutup mulut tadi. Aiman terus menerpa ke arahnya. “awak.” Terkelu lidah Aiman
sewaktu melihat darah itu. Syahirah senyum. “biasalah ni, panas tu yang
berdarah tekak tu.” “kita pergi klinik.” Syahirah dah pening. “tak apa. Ni
panas ni. Dah biasa.” “no… nampak serious ni.” ujar Aiman yang melutut di sisi
Syahirah yang duduk di kerusi itu. Syahirah ketawa perlahan yang di buat-buat.
“abang ni, panas je lah ni. saya nak pergi toilet jap.” Sedaya upaya Syahirah
cuba melangkah. Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah. Aiman tak
tahu nak buat apa. Hanya dengan pandangan dia menghantar isterinya itu.
Sebak tiba-tiba hatinya. Ya Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja. “abang,
bangun..” Syahirah menggerakkan Aiman di sebelahnya. “..Encik Aiman, bangun..”
kejut Syahirah lagi. Kenapa tak bergerak ni. Kuat Syahirah menggerakkan Aiman
lagi. “abang….abang.. bangun…” Aiman membuka matanya perlahan-lahan. “hmm,
kenapa sayang?” “abang,jom buat qiamullai berjemaah. Kita tak pernah qiamullai
berjemaah.” Aiman duduk menghadap Syahirah. “dah pukul berapa?” “hmm, 4.30
pagi.” “jom.” Ajak Aiman. Kini, dia telah yakin untuk menjadi imam tidak
sia-sia dia ke pondok agama hari itu. “..sayang ambil wudhuk dulu..” “okay.”
Sebelum turun dari katil sempat Syahirah
mencium pipi Aiman. Terkejut juga Aiman. “mimpi ke reliti ni?” seloroh Aiman
dan memegang pipinya yang di cium tadi. Syahirah hanya ketawa halus dan masuk ke
bilik air. Selesai berqiamullai dan membaca doa Aiman bersalaman dengan
Syahirah. “abang,saya nak minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan
menyakitkan hati abang.” Seperti biasa Syahirah akan sentiasa memohon kemaafan
pada suaminya selepas solat. “..halalkan semua makan minum.” Aiman menarik
Syahirah dalam pelukkannya. “abang pun nak minta maaf tersalah kata dan
menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga semuanya ya.” dahi isterinya di
cium. “Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami yang soleh.” Kata Syahirah
dan senyum. Aiman hanya senyum. “hm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak?”
Syahirah geleng. “boleh ea abang. Saya nak sembahyang dekat rumah je.
Letihlah.” Aiman mengangguk. “oklah. Nanti abang belikan sarapan.” “okay,
saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan senyum. “sayang awak juga.” Aiman
memasukkan keretanya ke dalam porch rumah selepas pulang dari surau. Sebelum
keluar dia mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi lemak. Aiman
keluar dari kereta.
PRRRANGGGGG!!!!!!!! Terkejut Aiman
mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari masuk ke rumah. Aiman ternampak
kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng. Pantas dia cuba mengejar dua
makhluk yang pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari ke dapur. Terkejut Aiman
sewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan. Isterinya. “Sayang !!!!” jerit Aiman
melihat Syahirah yang menahan sakit akibat di tikam dengan pisau. Aiman cuba
mencari dua orang kelibat tadi, tapi malangnya ada orang telah menerkup
mulutnya dengan kain yang mengandungi bahan kimia yang membuatkan Aiman tidak
bernafas dan pengsan.
**********
Aiman terpisat-pisat bangun. Kepalanya
seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang yang hendak masuk
ke rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya Allah. “sayang..” Aiman memangku Syahirah
yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh memegang pisau. Aiman mencampakkan
pisau itu. “ha, ini tuan yang membunuhnya!” terkejut Aiman tatkala anggota
polis masuk ke dalam rumahnya. “bukan saya.” “dah bawak dia. Cuba periksa nadi
mangsa.” Tangan Aiman bergari. “bukan saya!..” Aiman terkejut melihat abahnya
juga turut di disitu. “Abah! Bukan Aiman!!! Abah!!” anggota polis itu membawa
Aiman keluar rumah. Abahnya hanya menggeleng dengan air mata berlinangan.
“kalau kamu tak suka dia pun janganlah sampai macam ni…” sayu abahnya
berbicara. “bukan Aiman bah!!” Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luar
rumahnya. Aiman memandang abi,umi dan alongnya. “abi, bukan saya, umi!!”
meronta-ronta Aiman. “sedangkan orang gila tak mengaku dia gila, inikan kau
yang waras nak mengaku kau bunuh adik aku!” herdik abang iparnya yang mata
merah mungkin sebab menangis. Aiman cuba meronta. “bukan saya! Abi!! Umi!!
Percaya saya..” “cepat bawa dia!” arah alongnya. Ya Allah dugaan apa yang KAU
berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa dengan isteri hamba. Ya
Allah…………. Semoga dia selamat. Air mata Aiman jatuh tika pandangan rumahnya
makin hilang. Sayang… Bantu hamba Ya Allah……… Haji Amran melawat menantunya di
penjara. “abi..percayalah saya..” Haji Amran senyum. “sabar Aiman, kebenaran
akan terungkap, bersabarlah..” “abi, macam mana keadaan Syahirah?” Haji Amran
senyap. Air matanya bergenang.
Sebak dadanya. “abi kenapa dengan isteri
saya?” Haji Amran hanya senyap dan senyum terpaksa. “bersabarlah Aiman, berdoa
banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan sebaik- baiknya.” Haji Amran
bangun dari kerusi itu. “abi,jawab saya abi. Syahirah macam mana?” mengalir air
mata Aiman tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan. “abi,kene pergi dah
ni. banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa. Assalammualaikum.” Haji
Amran terus keluar dari bilik itu. Lemah lutut Aiman mendengar kata-kata abinya
itu. Ya Allah, hamba tak kuat….. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal
dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya
melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin
yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah.
Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu
dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.”
(Muslim) “Encik,saya nak sejadah dan tafsir Al-Quran..” kata Aiman pada warden
yang menjaganya itu. Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu. warden-warden
di ditu berlembut dengannya. Terima kasih Ya Allah, KAU melindungi aku. Aiman
membuat solat sunnat. Selepas itu dia membaca Al-Quran. ‘Al-Quran, the love
letter from Allah’ – isterimu. Air
matanya terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu
dengan air matanya. Allah…
Belajar DIAM dari banyaknya BICARA
Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar
MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar
TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..
“Alhamdulillah.” Berulang-ulang ayat itu
keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya senyum melihat wajah menantunya itu.
“bebas juga saya abi..” kata Aiman. “Alhamdulillah, Allah tunjuk kekuasaanNYA
dengan anggota polis yang menemui kain yang menerkup kamu itu dan dompet
perompak yang tercicir itu.” Aiman senyum. Terima kasih Ya Allah. “abi,jom
jumpa Syahirah.” Bicara Aiman ceria. Haji Amran tersentak. Dia hanya
mengangguk. Aiman duduk di bahagian sebelah memandu. Abahnya telah berangkat ke
umrah, sebagai tanda bersyukur Aiman tak bersalah. Aiman hanya senyum sepanjang
jalan. Tak sabar hendak bertemu isterinya. Rindu. Hampir sebulan dia tak
bertemu. Haji Amran berhenti di hospital.
Aiman terkejut. “abi, kenapa di sini?”
“turun dulu Aiman. Jom.” Ajak Haji Amran. Aiman hanya menuruti. Sewaktu tiba di
depan wad Aiman terkejut melihat ramai orang. Dia merenung dari luar sebuah
bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah duduk menangis. Dia nampak uminya tengah
menangis. Dia nampak doctor. Perlahan Aiman melangkah ke arah bilik itu. “maaf,
dia tak dapat di selamatkan.” Lemah lutut Aiman dengar. Bukan. Salah ni. Aiman
menghampiri katil itu. “barah hatinya dah kriktikal, effect. Dia tak dapat nak
survive. Bersabarlah.” Kaki Aiman hampir di tepi katil itu. Ya Allah… Air
matanya cuba di tahan. Sakit! Dia lihat Syahirah baring tenang di atas katil
itu. Aiman mengangkat sedikit kepala isterinya itu dan di kucup dahi isterinya
lembut. Selepas itu, kakinya sangat lemah. Ya Allah beratnya ujian ni..
“TAK!!!!!” jerit Aiman dan terduduk. Dia menangis. Haji Amran menenangkan
menantunya itu. “sabar Aiman…bawa mengucap.” “bukan Ira abi..bukan dia…” tangis
Aiman. Haji Amran mengusap bahu Aiman. “dah di tentukan ajalnya..” sebak Haji
Amran.
“tak…tak…bukan dia..” sayu Aiman
mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya itu.
Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah. Syahirah……….
Air mata lelakinya deras mengalir. video cinta kita – click sini =) “lagu apa?”
“tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah
mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya
memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak
ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya.
“..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah
menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya.
Mudah untuk dengar mp3 itu. “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam
seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa.
“hmmm.” kenapa harus begini…..
Aiman menutup buku agama yang di bacanya
itu. Buku itu di letak di sisi katil. Pelipisnya di gosok. Ya Allah. Sedar tak
sedar hampir masuk setahun setengah Syahirah pergi menemui Ilahi. Sungguh,
hampir 5 bulan dia cuba kembali ke reality. Abah dan abinya puas meredhakan
hatinya. Puas mereka menghantarnya berubat. Waktu itu, hanya tuhan sahaja yang
tahu bertapa sedihnya dia kehilangan orang yang di sayangi dalam sekelip mata.
Benarlah, ajal maut ketentuan tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak pernah
dia lupa untuk membacakan Yassin untuk isterinya. Isterinya yang solehah.
Inspirasi Hatinya. Aiman turun dari katil dan keluar dari biliknya. Kini, dia
kembali tinggal bersama abah dan mamanya di villa mereka. “Aiman, nak pergi
mana?” Dia senyum. “ma..” Aiman menghampiri mamanya dan di cium tangan wanita
itu. “nak keluar.” “pergi mana malam-malam ni?” soal abahnya pula. Aiman
bersalaman dengan abahnya pula. “hm, pergi masjid. Aiman pergi dulu.
Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.”
Aiman meletakkan kereta sportnya di
hadapan masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar dari kereta. Kaki melangkah
masuk di pintu utama masjid. Setelah berwudhuk. Aiman melakukan solat sunnat
masuk masjid. Setelah itu dia melakukan solat sunnat taubat dan solat sunnat
yang lain. Selesai melakukan solat dia membaca Al-Quran pula.
“Assalammualaikum.” Sapa seorang lelaki separuh umur. Aiman memberhentikan
bacaannya. “waalaikumsalam.” “anak musafir ke? Dah lewat malam ni.” Aiman
senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah malam. “saya ingat nak tidur sinilah pak
cik.” “oh, kalau begitu pak cik balik dulu lah ya.” Aiman mengangguk. Setelah
hampir satu juzuk Aiman baca matanya sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan
semula Al-Quran itu ke rak. Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal. Aiman
membaringkan badannya. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk”
pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah. Aiman senyum je. “lagi?”
“er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman menadah tangannya
untuk membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya hamba pada dia. Air mata Aiman
mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba di lelapkan. Tiba-tiba, mata
Aiman terpandang seseorang. Sayang. Aiman bangun. Dia menghampiri Syahirah yang
senyum memandangnya dengan siap bertelekung. “sayang..” Aiman menggenggam
tangan Syahirah. “jangan tinggal abang lagi.” Tangan itu di kucup. Syahirah
hanya senyum dan menarik tangan Aiman agar mengikutinya. Lemah lutut Dato
Rahimi dan isterinya
sewaktu mendapat berita itu. Cepat mereka bergegas ke masjid yang di katakan
pemanggil itu. “tu lah Dato. Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah meninggal.
Dia kata nak tidur masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya
dah makin tiba.” Sebak Dato Rahimi mendengar. “terkejut saya pagi tadi melihat
dia tidur. Saya kejutkan dia untuk bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu
saya suruh orang check nadi dia. Dia menemui Ilahi.” Mengalir air mata isteri
Dato Rahimi. Ya Allah, semoga roh anak kandung dan menantunya di bawah
rahmat-MU. Al-Fatihah.
Assalammualaikum – alhamdulillah tamat juga.
Kadang-kadang dalam hidup ini tak semua benda kita boleh dapat. Apa yang kita
rancang terkadang tak sama dengan apa yang kita akan dapat. Untuk kisah ini,
bagi Aiman satu pengakhiran yang baik sebab dia sempat mendekati dirinya dengan
ALLAH, dia juga dalam keadaan yang bersih. Bagi kita? wallahualam, hidup mati
ini tak tentu bila tapi ingatlah. Ianya pasti. Permulaan hidup kita sangat
indah di azan atau di iqamatkan. Ayat pertama yang kita dengar. Alangkah
indahnya jikalau akhir hayat kita juga di akhiri dengan kalimah yang indah.
Mari kita berusaha menjadi hamba yang baik. Ingat mati itu pasti syurga atau
neraka yang menanti. wallahua’lam…